25 tahun memali

25 tahun memali

Tuesday, October 27, 2009

memorandum kepada KOsmo!

MEMORANDUM

Kepada:
Ketua Biro Utusan Malaysia (Alor Setar)
Ketua Biro Kosmo ! (Alor Setar)
Tingkat 2, NO 1588, Jalan Sultan Badlishah,
05000 Alor Setar, Kedah

Assalamualaikum wrt wbh.

Tuan,

Dengan tegasnya, Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengecam penyiaran artikel oleh akhbar Kosmo ! pada mukasurat 11 ruangan Negara kolum keluaran 26/10/2009 (Isnin) Di Sebalik Berita tulisan Zulkifli Manzor berhubung ajaran sesat di negara ini telah turut sama mengaitkannya dengan peristiwa Memali.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah menegaskan bahawa, artikel tersebut adalah satu tuduhan yang berniat jahat dan cuba mengeruhkan ketenangan para penduduk Memali khususnya dan para pendokong PAS amnya.

Ditegaskan di sini bahawa:

1. Penulis artikel tersebut amat jelas gagal memahami sejarah peristiwa itu apabila menyamakannya dengan ajaran sesat.

2. Kosmo ! dengan sengaja telah membuat dan menyebarkan fitnah terhadap mangsa kejadian Memali. (Sebagai rujukan: Anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah, Almarhum Tuan Guru Yahaya Junaid menegaskan bahawa mangsa peristiwa adalah syahid dan tidak pernah diwartakan oleh mana-mana pihak berkuasa agama bahawa mangsa kejadian Memali terlibat dengan ajaran sesat.)

3. Kosmo ! juga telah mencemarkan kedaulatan KeBawah Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Sultan Kedah kerana, apabila menyifatkan mangsa Memali pengikut ajaran sesat, secara tidak langsung Kosmo ! menuduh KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah yang telah bercemar duli menziarahi pusara mangsa Memali di Kampung Parit Panjang, Baling telah menziarahi pusara pengikut ajaran sesat.

4. Kosmo ! juga dengan sengaja menimbulkan tekanan serta terus memalukan maruah para mangsa Memali dan ahli keluarga mangsa.

Maka dengan ini, Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mendesak agar penulis artikel tersebut, editor dan pihak Kosmo ! untuk memohon maaf secara terbuka dan disiarkan di muka hadapan akhbar Kosmo ! dalam tempoh 24 jam dari masa memorandum ini diserahkan.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah juga mengingatkan, agar pihak Kosmo ! tidak perlu mengulas lanjut berkaitan artikel tersebut, tidak perlu diterbitkan artikel untuk menegakkan benang yang basah, cukup hanya sekadar pernyataan memohon maaf.

Sekian, terima kasih.



(AHMAD BIN YAHYA)
Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

27 Oktober 2009 bersamaan 8 Zulkaedah 1430H

GAMBAR SERAHAN MEMORANDUM BANTAHAN KEPADA KOSMO PADA 27.10.2009 DI ALOR SETAR




Monday, October 26, 2009

Izwan Abdul Halim. izwan@harakah.net.my
Mon | Oct 26, 09 | 6:27:41 pm MYT

ALOR SETAR, 26 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengecam penyiaran artikel oleh akhbar Kosmo! yang mengaitkan peristiwa Memali dengan ajaran sesat.

Ketuanya, Ustaz Ahmad Yahya berkata, artikel tersebut merupakan satu tuduhan yang berniat jahat dan cuba mengeruhkan ketenangan para penduduk Memali khususnya dan para pendokong PAS amnya.

Tegas beliau, penulis artikel berkenaan jelas gagal memahami sejarah peristiwa itu apabila menyamakannya dengan ajaran sesat.

"Peristiwa Memali adalah satu perjuangan rakyat menolak undang-undang zalim iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Ingin kami Pemuda PAS Kedah tegaskan ianya tidak langsung boleh disamakan atau sama sekali tidak berkait dengan ajaran sesat.

"Kosmo! dengan sengaja telah membangkitkan fitnah yang sedang tidur! Secara tidak langsung Kosmo! bukan sahaja telah memfitnah Memali tetapi juga kepada PAS yang sehingga kini komited menentang ISA.

"Cukuplah dengan derita yang ditanggung sekian lama oleh ahli keluarga mangsa terbabit, tidak perlu lagi dibangkit dan mungkin menimbulkan tekanan kepada mereka," ujar Ahmad kepada Harakahdaily, sebentar tadi.

ImageMenurut beliau, para pejuang Memali yang terkorban dalam peristiwa 19 November 1985 itu bukan sahaja diiktiraf syahid oleh anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah, Almarhum Tuan Guru Yahya Joned, malah Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu�adzam Shah juga pernah mencemar duli menyiram air mawar di pusara para syuhada.

Malah kata Ahmad, isu Memali jelas satu penganiayaan apabila Kerajaan Malaysia akhirnya bersetuju membayar pampasan kepada ahli keluarga mangsa Memali melalui rundingan diluar mahkamah selain tidak pernah ada mana-mana pihak berkuasa agama yang menyatakan bahawa As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya sebagai sesat.

Untuk itu, beliau menuntut Kosmo! dan wartawan serta editor berkenaan tidak terus bermain api dengan segera membuat permohonan maaf secara terbuka.

Sementara itu di Baling, para penduduk Memali bersama-sama Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling telah mengadakan himpunan untuk menghantar laporan polis sebagai membantah penyiaran artikel tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Baling, jam 3 petang tadi.

Kosmo! dalam cetakannya hari ini di mukasurat 11 ruangan Negara! kolum Di Sebalik Berita tulisan Zulkifli Manzor berhubung ajaran sesat di negara ini telah turut sama mengaitkannya dengan peristiwa Memali._

200 Penduduk Memali turun buat laporan Polis

Petang tadi hampir 200 orang penduduk Kg. Memali telah turun ke Balai Polis Baling bagi mengiringi wakil Penduduk membuat laporan polis ke atas akhbar Kosmo yang mengaitkan perisitwa Memali dengan ajaran sesat. Beberapa laporan polis telah dibuat oleh Balu Syuhada dan bekas tahanan memali.

Sunday, October 25, 2009

PENDUDUK MEMALI AKAN BUAT LAPORAN POLIS PETANG INI BANTAH KOSMO

Penduduk Kg. Memali akan membuat satu laporan polis jam 3.00 petang ini di IPD Polis Baling berikut siaran berita Akhbar Kosmo hari ini yang menuduh Ust Ibrahim Libya dan Pengikutnya terlibat ajaran sesat.

PENDUDUK MEMALI BANTAH KOSMO KAIT AJARAN SESAT DENGAN PERISTIWA MEMALI

Penduduk Kg. Memali membantah satu berita yang disiarkan oleh Akhbar Kosmo hari ini yang mengaitkan kejadian Memali pada 9 Nov 1985 dengan ajaran sesat dengan menyebut beberapa peristiwa seperti serangan balai polis di batu Pahat dan 'Rasul Melayu'di Selangor. Berita yang ditulis oleh Zulkifli Manzor itu amat dikesali dan beliau nampaknya tidak tahu latar belakang peristiwa Memali atau ada niat tertentu untuk memburukkan As Asyahid Ust Ibrahim Libya dan pengikutnya.

Persitiwa yang berlaku di Memali 24 tahun yang lalu bukan kerana Ust Ibrahim membawa ajaran sesat seperti yang didakwa. Semua Itu adalah fitnah jahat UMNO/BN ketika itu bagi terhadap Ust Ibrahim Libya kerana pengaruh beliau ketika itu amat membimbangkan UMNO Baling.

Penduduk Memali telah melalui pahit maung dan keperitan kerana keganasan dan kezaliman yang berlaku ke atas As Syahid Ust Ibrahim Libya dan pengikutnya yang isteri mereka telah menjadi balu dan anak mereka menjadi yatim.

Bagi Pihak penduduk Memali menggesa pihak kosmo menarik balik berita tersebut yang mengaitkan dengan Memali.

Wednesday, October 21, 2009

MAJLIS KHATAN BERAMAI-RAMAI DI MEMALI

PAS Cawangan Kg. Memali akan mengajurkan program Khatan Beramai-ramai yang akan diadakan di Markaz PAS Cawangan.Program akan diadakan pada 28 Nov 2009, Hari Raya Kedua Aidil Adha. Setakat ini sudah 10 orang sudah mendaftar. Sekiranya ada yang berminat boleh hubungi Sdr. Mohd Khoiri Azmi 013 4333928 .

ARWAH-ARWAH YANG BARU MENINGGALKAN KITA

Sejak seminggu ini Memali telah kehilangan beberapa insan yang sudah lama bersama dengan kita. Mereka adalah orang yang sentiasa memebri komitmen dalam semua kegiatan yang dijalankan di Memali. Dengan usia mereka yang lanjut mereka telah mengharungi semua kesusahan , penat lelah, sedih duka bersama penduduk Memali.

1. Puan Mek Mud binti Salleh adalah balu kepada AS Syahid Abdullah bin Lebai Kadir. Allahyarham telah meninggal dunia pada 15 Oktober 2009, Khamis lepas. Berumur lebih 70 tahun telah mengalami sakit uzur yang agak lama. Beliau tinggal di Bersebelahan Masjid Kg. Becah Sawa, Baling. Suami beliau telah gugur syahid semasa perinstiwa memali pada 19 Nov 1985. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Al Fatihah..

2. Ahmad bin Shaari ,telah meninggal pada 20 Oktober 2009, kelmarin dirumah beliau kerana sakit gout. beliauy adalah ayah kepada Ust Zukiufli bin Ahmad yang juga telah meninggal dunia beberapa bulan yang lalu kerana strok. Beliau meninggal dunia dirumah beliau di Kg. Becah Sawa, Baling. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Al Fatihah..

3. Pak Wa Dahaman yang meninggal dunia semalam 20 Oktober 2009 kerana sakit tua. Beliau adalah seorang penjual ubat tradisional disekitar kampung memali dan Weng. Beliau yang sudah berusia hampir 80 tahun semasa hidup sangat kuat mengayuh basikal menjaja ubat diseluruh pelusuk kampung. Seorang yang suka berjenaka. Setiap pagi Jumaat beliau pasti berada di madrasah Islahiah Diniah, Kg. Memali untuk mengikuti kuliah agama mingguan disamping menjual ubat beliau. Beliau meninggal dunia di rumah beliaudi Kg. Charok Semeliang, Weng lebih kurang 7 kilometer dari Kg. Memali. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Al Fatihah..

3. Pak Wa Dahaman

KENANGAN ANDA