25 tahun memali

25 tahun memali

Tuesday, November 16, 2010

IJTIMAK ALUMNI PELAJAR MEMALI

Ijtimak Alumni Pelajar Memali sempena 25 tahun Memali akan diadakan pada 21 Nov 2010, Jam 3.00 petang di Dewan Madrasah Islahiah Diniah, Memali. Semua Bekas-bekas pelajar Memali sejak 1985-hingga sekarang dijemput hadir.

Aturcara:

3.00 petang - Pendaftaran
- Aluan Pengerusi Majlis
- Ucapan Ust Hj Mat Juki Hj Ahmad, Mudir Madrasah
- Ucapan Ust Ahmad Yahya, Ketua Pemuda PAS Kedah
- Ucapan YB Hj Muhammad Yusuf Husin, Pengerusi Lembaga Tadbir Madrasah
- Jamuan Ringan
- Majlis ditangguh /Bersurai

JADUAL CERAMAH SEPANJANG 25 TAHUN MEMALI

19 Nov 2010, Jumaat, jam 9.00 malam

1. YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang, Presiden PAS
2. YB Dato' Haji Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS
3. Ust Nasaruddin Hassan Tantawi, Ketua Pemuda PAS Pusat
4. YB Senator Hj Muhammad Yusuf Husin, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kedah

20 Nov 2010, Sabtu, 9.00 malam

1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR
2. YB Dato' Hj Phahrolrazi bin Hj Zawawi, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Exco Kerajaan Negeri Kedah
3. YB Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR Pusat
4. YB Dato' Ir. Amiruddin Hamzah, Ketua Penerangan PAS Kedah/Exco Kerajaan Negeri Kedah


21 Nov 2010, Ahad, 9.00 , malam

1. YB Hj Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS
2. Tuan Haji Mohamad Sabu, AJK PAS Pusat
3. Ust Azman Shafawi , Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat
4. Ust Ahmad Yahya, Ketua Pemuda PAS Kedah

Persembahan Nasyid Memali akan diadakan setiap malam sebelum ceramah bermula.

SUKAN PASTI

Sukan PASTI akan diadakan pada 21 Nov 2010, Ahad di Madrasah Islahiah Diniah. Pelbagai acara sukan kanak-kanak akan dipertandingkan. Semua waris-waris anak PASTI dijemput hadir. Acara bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang.

KARNIVAL PENDIDIKAN SEMPENA 25 TAHUN MEMALI

Hal Ehwal Sekolah Agama Rakyat (HESA) akan menganjurkan Karnival Pendidikan Sekolah Agama Rakyat yang akan diadakan pada 19-21 Nov 2010 sempena Majlis Memperingati Memali. Sebanyak 13 buah sekolah agama rakyat di Kedah telah mengesahkan penyertaan. Mereka akan memperkenalkan sekolah masing-masing melalui pameran dan kaunter pertanyaan. Orang ramai dijemput hadir ke Karnival dijemput hadir.

PROGRAM MOTIVASI MUSLIMAT BERSAMA DATO' SERI PRESIDEN DAN KETUA MUSLIMAT PAS PUSAT

Program tersebut akan diadakan pada 20 Nov 2010 bermula jam 9.00 pagi - 5.00 petang.
Perlbagai acara telah disusun oleh Dewan Muslimat PAS Kedah. Semua muslimat dijemput hadir untuk sama-sama menjayakan majlis ini.

KEM SMART SOLAT SEMPENA MAJLIS MEMPERINGATI 25 TAHUN MEMALI

Sempena dengan Majlis Memperingati 25 Tahun Memali antara pengisian untuk remaja dan kanak-kanak akan diadakan KEM SMART SOLAT pada 21 Nov 2010, jam 9.00 pagi - 5.00 petang di Madrasah Islahiah Diniah Memali. Yuran Pendaftaran RM5.00 sahaja. Peserta berumur 10-13 Tahun

Sila daftar segera 013 4376648 (Ust Hanapi) Ust Najhie Hayazi 013 6044154

KONVOI PEMUDA SEMPENA 25 TAHUN MEMALI

Konvoi Pemuda PAS Kedah sempena Majlis Memperingati Memali akan diadakan pada :
19 Nov 2010, Jam 4.00 petang dari Makam Syuhada, Parit Panjang ke Memali;

Aturcara :

4.00-4.30 petang - Peserta konvoi berhimpun dan Pendaftaran
4.30. Petang - Solat Asar
- Tahlil di Makam Syuhada
- Taklimat Konvoi dan Ucapan Pimpinan
- Konvoi bertolak dari Makam Syuhada Parit Panjang ke Madrasah Islahiah Diniah , Memali

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Ust Yusuf Awang 019 4270214

Friday, November 12, 2010

IJTIMAK PONDOK PERINGKAT NEGERI KEDAH

Ijtimak Pondok Peringkat negeri Kedah Sempena Sambuatn 25 Tahun Memali akan diadakan pada 19 Nov 2010, Jumaat, bermula
jam 9.00 pagi : Kuliah Khas Tuan Guru Haji Salleh

10.00 pagi : Pembentangan oleh Ust Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS
1.00 petang : Solat Jumaat

1.30 petang : Jamuan Rumah Terbuka Aidil adha

2.30 petang : Majlis Perasmian oleh YAB Dato' Seri ust Hj Azizan Abd Razak, Pesuruhjaya PAS Kedah/Menteri Besar Kedah

5.00 petang : Bersurai

IJTIMAK ALUMNI PELAJAR MEMALI

Ijtimak Alumni Pelajar Madrasah Islahiah Diniah sempena Sambutan 25 Tahun Memali akan diadakan pada 21 Nov 2010, Ahad, Jam 3.00 petang. Kepada semua Bekas Pelajar Memali dijemput hadir ke Ijtimak tersebut. Sila hebahkan kepada semua sahabat-sahabat bekas Pelajar Memali.

Monday, October 25, 2010

Tuan Guru Awang Lanai, YDP PAS Paling Lama Di Malaysia










Beliau sudah 26 tahun menerajui PAS Kawasan Baling sebagai Yang DiPertua (YDP). Dalam usianya kini 72 tahun, beliau pernah memohon mengundurkan diri, namun dihalang Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan.

Beliau juga kekal setia mengajar masyarakat pelbagai kitab Arab, fekah, tauhid, tasauf, usuluddin, tafsir dan hadis di pondok diasaskannya iaitu Madrasah Tahzib An-Nufuz, Parit Panjang, Baling.

Ketika sama, beliau terus memimpin masyarakat sebagai Imam dan Pengerusi Kariah Masjid Parit Panjang sejak tahun 1972 lagi. Sejak PAS menerajui Kerajaan Negeri Kedah, beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Daerah Baling.

Nyata sekali beliau adalah tokoh dan permata yang tidak ternilai jasanya kepada masyarakat. Itulah Tuan Guru Abdul Wahab Hassan yang lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Awang Lanai.

Beliau dilahirkan pada tahun 1938 di Kampung Tupai, Sik dan pernah menuntut dibeberapa buah pondok antaranya di Penanti, Pulau Pinang serta Pasir Tumbuh dan Bunut Payung, Kelantan. Pulang ke Kedah, beliau menyambung pengajiannya dengan Tuan Guru Omar Zuhdi Soleh dan berkahwin dalam usia 21 tahun dengan dikurniakan 10 cahaya mata sebelum membuka pondok pengajiannya sendiri.

Wartawan Harakah Kedah, IZWAN ABDUL HALIM mencungkil perkongsian pengalaman bersama tokoh ulama dan pemimpin veteran PAS ini yang masih menerajui jawatan sehingga sekarang.


Penglibatan Dalam PAS

Menurut Tuan Guru, beliau mula terlibat dengan PAS pada tahun 1969 yang juga merupakan tahun Pilihan Raya Umum. Ujarnya, beliau bersama rakan-rakan bekerja kuat untuk pilihan raya itu. Mereka berjalan kaki dari rumah ke rumah yang jaraknya lebih 10 kilometer melalui jalan-jalan kampung yang tidak bertar.
“Tahun 1984, saya dipilih ahli kita di sini untuk jadi Yang DiPertua Kawasan. Masa tu saya bertanding dengan Haji Mat Romli bekas wakil rakyat sini. Dalam pemilihan tu, hampir 90 peratus bagi sokongan pada saya.

“Walaupun saya tolak berkali-kali, tetapi tak tertolak-tolak juga. Jadi, mula saat tulah pegang jawatan,” ujarnya yang kini genap 26 tahun menerajui PAS Kawasan Baling.

Tidak ada lagi mereka di Kedah yang seangkatan dengannya masih memegang jawatan dalam PAS, bahkan beliau mungkin YDP PAS paling lama memegang jawatan di Malaysia.

Peristiwa Memali juga berlaku semasa beliau menjadi YDP. Pada tahun 1986, beliau bertanding pilihan raya untuk Dun Kupang berhadapan Arwah Zainol Mat Isa tetapi tewas hampir hampir 2,000 undi.

“Hari keputusan tu, tak sempat tahu keputusan saya dah bertolak ke Makkah,” ujarnya tersenyum.

Pada pilihan raya berikutnya, Almarhum Ustaz Dato’ Fadzil Mohd Noor meminta beliau bertanding lagi namun beliau tolak.


Cabaran Menentang Umno

Menyentuh mengenai cabaran, beliau menjelaskan, PAS dahulunya menghadapi tentangan hebat daripada Umno. Tetapi kini di Baling khususnya, Umno tidak berupaya menyerang PAS melainkan perang saraf kecil dan fitnah. Hal ini menurut Tuan Guru berikutan orang PAS tidak ada yang melakukan kesalahan hingga menjadi modal politik buat Umno.

“Perang saraf mereka memang ada, mereka buat pada orang kita yang tak faham perjuangan, jadilah pergeseran,” ujarnya.

Beliau pernah disembur gas pemedih mata dan ditangkap polis semasa berceramah dalam tahun 70-an di Markas PAS di Kupang bersama Mohamad Sabu.

“Polis suruh kami masuk dalam markas, tapi dalam markas pun dia sembur juga, zalim benarlah macam tu. Kena tangkap masa tu saya, wakil rakyat Kupang, (Almarhum) Ustaz Suhaimi Ahmad dan beberapa orang lagi. Cabaran tu pendek kata tak lah seteruk mana,” ujarnya lembut.


Mengimbas Peristiwa Memali

Cerita Tuan Guru, beliau bersama Ustaz Azhari ada menasihat As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya agar menyerahkan senjata api sah kepunyaannya yang dimiliki secara berlesen. Malangnya walaupun diserah, pihak polis tetap bertindak melakukan sekatan jalan raya dan kepungan di Kampung Memali untuk menangkap Ustaz Ibrahim.

“Orang kampung ni, bila kena sekatan kepung macam tu naik angin juga. Jadi mereka ‘pegang’ Ketua Polis Daerah masa tu. Tapi mereka lepas balik, tak buat apa, cuma pegang saja.

“Ustaz Ibrahim ni cuba juga undur diri dari rumah dia, duduk merata-rata, di rumah kawan. Tapi apa sudahnya duduk macam tu? Akhirnya dia balik. Jadi sampainya masa, polis tak kurang daripada 2,000 orang buat kepungan ke Kampung Memali.

“Macam dalam tv tunjuk ada senjata, (sebenarnya) tak ada. Macam parang-parang menebas, biasa-biasa, adalah. Tapi senjata berat tak ada. Ada dua pucuk senapang pun itu hak (anggota) Rela, ada orang di kampung tu dia Rela. Itu individu, mereka kena jaga keselamatan.

“Senjata tu bukan hak mereka (mangsa Peristiwa Memali). Ada senjata pun, mereka guna lastik, tapi tak padanlah dengan 2,000 polis yang kepung rumah Ustaz Ibrahim tu,” ujarnya menempelak pihak polis.

Katanya, kejadian berlaku pada hari Selasa, tetapi malam Khamis baru kesemua 14 syuhada itu dapat dikebumikan di Kampung Parit Panjang kecuali As-Syahid Ustaz Hassan dikebumikan di Hutan Kampung, Alor Setar.

“Jadi yang uruskan mayat, saya pun tak ingat ramai sungguh, mari seluruh Kedah, semua buat keputusan tak ada mandi, tak ada sembahyang, kafan. Semua setuju mereka syahid. Bukan mereka serang apa, tapi rumah mereka diserang. Jadi berdasarkan hadis sesiapa yang pertahan nyawa, dia mati syahid. Sesiapa pertahankan harta, mati syahid.

“Jadi Ustaz Ibrahim ni tak ada dua, tidak ada tiga, dia pertahankan nyawa dia, pertahankan agama dia dan juga pertahankan hak dia. Pendek kata, semua pada hadis tu ada. Kita juga tengok dahi mayat-mayat tu berpeluh. Siap kebumi dalam pukul 5.30 pagi,” ujarnya mengenang.


Polis Persoal Fatwa

Sejak itu, polis mendatangi rumah beliau setiap hari selama sebulan bersoal mengenai mereka yang menghukumkan mangsa terbunuh sebagai syuhada.

Cerita Tuan Guru, beliau masih ingat seorang polis dari Bukit Aman bernama Yaakob yang datang kepadanya dengan membawa kitab dan membuka bab syahid.

“Minta maaf, saya tak pandai baca kitab Arab, kitab jawi bolehlah sikit-sikit. Saya mengajar pun kitab jawi saja, tak pernah pun saya baca kitab Arab. Jadi kalau encik tolong baca untuk saya baguslah,” ujarnya menyindir polis itu yang datang kepadanya setiap hari.

Akhirnya, Tuan Guru terpaksa meninggikan suara menegaskan bahawa beliau tidak akan beritahu. Sejak itu, polis yang datang mulai bertukar ganti.

“Jadi dengan nasihat Tuan Guru Haji Omar (Zuhdi) saya berundur pergi duduk di rumah dia. Polis mari saya tak adalah. Jadi kalau kira cabaran hidup, masa itulah berat sikit. Masa tu, program dengan parti pun tak berjalan, terhenti semua,” kenangnya.


Taktik Pilihan Raya Umno

Antara taktik pilihan raya yang selalu dijalankan Umno menurut Tuan Guru adalah memasukkan pengundi dari luar kawasan.

“Kita saksikan sendiri, pengundi-pengundi ni ada bukan warganegara kita, tapi diberi kad pengenalan pasport. Ada Bangladesh, Myanmar, pernah tenaga PAS tahan sebuah bas datang melalui jalan Weng dan Nami untuk masuk ke Kupang. Yang mari ni sudah tentu 100 peratus bagi undi pada BN.

“Kita juga jumpa undi berkali-kali dari seseorang tu. Itu yang saya perhati, saya pernah jadi PACA. Memang banyaklah mereka (BN) main, mereka ugut, guna polis, tekan pegawai kerajaan. Ada juga yang beri kertas undi lebih dari satu pada orang yang akan undi mereka,” ujarnya menceritakan pengalaman pilihan raya.

Jelas beliau, petugas PAS sangat tegas menjalankan tugas semasa pilihan raya sebagaimana undang-undang yang termaktub.

“Ikut undang-undang pilihan raya, ini (adalah) hari kita. Usah kata pegawai polis, Perdana Menteri sekalipun kita tak bagi masuk. Banyak masalah penipuan dalam pilihan raya dapat atasi.

“Satu yang mesti kita cari jalan untuk atasi ialah undi pos. Macam di Belantik tu, bukan ada tentera di situ pun, tapi nama ada. Itu mereka (BN) boleh menang.” seru Tuan Guru.


Zaman Tiga Pesuruhjaya

Dengan amanahnya selaku YDP, beliau telah berada di bawah kepimpinan tiga Pesuruhjaya PAS Kedah; Almarhum Ustaz Azhari Abd Razak, Almarhum Ustaz Dato’ Fadzil Mohd Nor dan Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.

“Ana nampak, masa Ustaz Azhari ni, dia kerjasama di dalam Badan Perhubungan tu kurang sikit. Sikap dia tu dia kasar, tak tolak ansur, tak terima pandangan orang, dia payah terima.

“Mari Ustaz Fadzil, sikap dia sederhana, dia menerima sebarang pandangan orang, dia tidak tolak mentah-mentah. Makna kata dia ambil kira pandangan sesiapa saja ahli mesyuarat tu. Kalau tak berapa elok pun pandangan tu, nanti dalam ucapan penggulungan dia akan perbetul. Pandangan tu dia ambil kira.

“Ustaz Azizan ni dia keras, dia tegas, tapi pandangan orang dia terima. Dia memang ada sifat marah dia, tapi marah dia habis, bila habis boleh bincang. Ustaz Azizan ni macam tu, dia marah peringkat mula tu dia garang, lepas tu dia gosok balik,” ujarnya menceritakan watak mereka.

Kata Tuan Guru, beliau pernah menegur Ustaz Azizan dalam satu usrah ketika di awal Ustaz Azizan mengambil alih tanggung jawab sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah.

“Ustaz, kalau boleh kami ni mintalah, kami ni hati benak, tak cepat macam ustaz. Jadi kami minta ustaz buat penggulungan di akhir. Lepas semua orang keluar pendapat dan saya pun boleh keluar pendapat, ustaz gulung di akhir. Jadi kalau ustaz cakap awal-awal dah, tak ada ‘mood’ lah saya nak bercakap lepas tu,” ujar beliau mengulangi tegurannya itu.

Menurutnya, Ustaz Azizan menerima teguran tersebut dan beliau pun mulai berubah sejak dari saat itu.


Sukar Dicari Ganti

Ujar Tuan Guru, beliau bersetuju dengan pembawaan tegas Ustaz Azizan sebagai Menteri Besar Kedah pada ketika ini. Katanya, sejak mentadbir Kedah, tidak ada orang yang mampu ‘makan dan mempermainkan’ Ustaz Azizan.

“Sikap selaku pimpinan terlalu lembut pun tak boleh, keras pun tak boleh keras terus. Jadi kita setujulah dengan sikap dia sekarang ni. Jadi disamping sikap tegas dia, pandangan orang dia ambil kira,” jelas Tuan Guru.

Tuan Guru turut meluahkan kebimbangannya andai suatu hari nanti Ustaz Azizan melepaskan jawatan atau sudah tiada lagi. Katanya, beliau tidak nampak pengganti yang setanding.

“Orang yang nak boleh mengatasi macam dia sekarang, payah sikit. Kalau ada kebolehan, kebolehan secara duniawi tapi cara agama tak ada, ini masalah. Ada yang boleh agama, tapi kepimpinan tak ada.

“Dia lengkap, payah juga nak jumpa pimpinan macam dia. Kalau dulu ni orang nampak tok lebai pakai kain pelikat ni tak boleh, tapi dia boleh mengatasi segala masalah, cabaran daripada musuh dia atasi, dalam pentadbiran pun dia cekap,” ujarnya mengagumi.


Kagumi Sultan Kedah

Berikutan beliau bertanding pada pilihan raya, Tuan Guru telah didesak oleh pihak Umno meletakkan jawatannya selaku Imam dan Pengerusi Kariah Masjid Parit Panjang. Bagaimanapun, selepas itu, para penduduk kembali memintanya memegang semula amanah tersebut hingga rayuan mereka itu dibawa kepada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu‘adzam Shah.

Tuan Guru dijemput bertemu empat mata dengan Tuanku Sultan di pejabat baginda di Alor Setar. Saat pertemuan itu jugalah beliau berkesempatan bercerita kepada Tuanku mengenai kejadian Memali hingga Tuanku sebak menitiskan air mata. Beberapa ketika selepas itu, Tuanku berkenan mencemar duli menyiram air mawar di pusara para syuhada Memali.

Menyentuh mengenai Tuanku Sultan, Tuan Guru mengakui bahawa beliau mengagumi baginda. Menurut Tuan Guru, Tuanku Abdul Halim seorang sultan yang berperibadi baik lagi disenangi.

“Payah cari (Sultan seperti baginda), ada kasih sayang pada rakyat. Susah cari sultan macam baginda, dengan sangat tertibnya, hormat pada orang,” kaguminya.


Ujian Zaman Kemenangan

Kata Tuan Guru, sejak beliau memegang jawatan dari tahun 1984 sampai pilihan raya 2008 tidak banyak timbul masalah. Malah, semua ahli jawatankuasa kawasan bekerja kuat tanpa ada krisis.

“Tetapi bila kita dah dapat kemenangan ni, timbullah orang-orang muda yang kita kata mereka ini hendak cepat tengok perubahan hingga tidak fikir dah akhir hujung jatuh nak jadi macam mana kepada jamaah, ini masalahnya.

“Adalah sikit krisis tu tidaklah begitu besar. Itu perkara biasalah, bukan hanya di sini, mana-mana pun ada. Namun dapat kita jalan terus dan tak menghalang program yang kita rancang,” ujarnya.

Ditanya sama ada perkara tersebut berlaku kerana zaman kemenangan, beliau spontan mengakuinya.

“Sebab itulah. Saya nampak di zaman kemenangan inilah. Boleh jadi dalam hati tu ada hasad, mungkin begitu. Tapi bukan timbul di kalangan yang tua-tua, timbul dari yang muda-muda yang mereka tak rasa pahit maung perjuangan.

“Cuma mereka lahir tu boleh kata PAS dah dapat sokongan penuh masyarakat. Jadi mereka rasa dengan kerja mereka, usaha merekalah PAS boleh berjaya, jadi tak nampaklah usaha orang tua dulu,” luahnya.


Kerjasama Pakatan Rakyat

Jelas Tuan Guru, kerjasama politik sepertimana dilakukan kini antara PAS, KeADILan dan DAP dalam Pakatan Rakyat adalah sesuatu yang memang perlu diadakan.

“Bagi diri saya, pendeknya kita (PAS) biar macam mana kerjasama, cemburu ‘ghirah’ tu kena ada. Kerjasama ni pernah dilakukan Rasulullah sendiri, tahaluf siyasi. Hanya boleh kita buat tahaluf siyasi ini, dengan adanya Islam.

“Kerana dengan sikit bilangan kita, sikit persiapan kita, kerana mengharap mereka menerima Islam, mereka membayar hasil (cukai) kepada kita, bila ada empat perkara ini kita boleh tahaluf siyasi.

“Tapi bukan boleh kita terus kekal atas nama tahaluf ini, sekiranya kalau mereka mungkir, bila-bila kita batal. Jadi bagi saya, dalam tahaluf siyasi, kita dalam Pakatan Rakyat ini kita terima, dengan kita berwaspada,” nasihatnya.


Nasihat Buat Umno

“Umno ni, saya nasihat mereka terimalah Islam. Kalau hendak selamat di dunia dan akhirat, disamping kita mendukung perjuangan Islam, bangsa kita sendiri akan dapat kita pertahankan,” ujarnya melontarkan peringatan.

Katanya, Umno kini sibuk menimbulkan isu mengenai bangsa Melayu, namun huruf bangsa Melayu yakni jawi pun tida mampu dipertahankan Umno.

Sedangkan katanya, bangsa Siam di Thailand sudah lebih 2,500 tahun belajar menggunakan tulisan huruf mereka untuk sebarang mata pelajaran.

“Jadi Umno kalau yang itu tidak boleh pulih balik, tak usah cakap lainlah. Pendek kata, selagi tak kembali kepada Islam, tak usahlah perpaduan dengan Umno. Sekarang ni kalau kira dengan Umno, Umno ni lebih susah berkira dengan bukan Islam. Umno ni lebih liat lagi.

“Sebab itu pimpinan kita tak terima (kerjasama atau perpaduan) dengan Umno. Bila mereka kuat balik, mereka akan kuis kita (tendang PAS), tak fikir dah Melayu nak hidup macam mana, mereka tolak mentah-mentah. Sebab tu kita tak sanggup kerjasama.

“Mereka hebohlah macam mana nak hidupkan bangsa Melayu, nak pertahan kedaulatan Melayu, kita tak percaya. Dulu masa mereka kuat ada majoriti 85 peratus Umno tak dapat nak pertahan huruf bangsa Melayu apatah lagi sekarang tinggal 48 peratus majoriti.

“Sekarang baru nak teriak? Saya harap Umno berhentilah, kalau terus dengan dasar kebangsaan itu, Umno akan tenggelam dalam arus politik tanah air,” tempelaknya.


Taujihat Buat Pimpinan

Kepada para pimpinan PAS, Tuan Guru menasihati mereka agar banyak bersabar terutamanya dalam berhadapan ahli sendiri.

“Maklum sahajalah orang yang banyak bersembang di kedai kopi ni orang yang tak tahu politik, tak tahu nilai politik, akibat hujung jatuhnya. Punya semangat nak Islam menang tapi ada sesuatu tujuan dia.

“Kalau orang yang betul-betul faham politik, bila menang sekalipun, kalau dia minta sesuatu tak boleh, dia senyap begitu saja. Orang berkuasa 52 tahun pun tak boleh bagi sepenuhnya kehendak rakyat apatah kita baru dua tahun berapa bulan saja. Beranak anak umur dua tahun pun tak boleh masuk sekolah lagi.

“Bagi pimpinan selalu kena bagi nasihat dan kena nasihat. Sebab itu usrah negeri tu sebulan sekali, semua pimpinan kawasan boleh bagi teguran pada pimpinan (negeri). Teks usrah kita pun dikarang dari kitab ulama haraki, maknanya sangat munasabah berdasarkan perjuangan kita.

“Apa yang kita rasa terkilan, kita tidak simpan, kita berterus terang dalam usrah. Dalam mesyuarat kita bincang masalah dan program, dalam usrah kita bincang masalah peribadi. Bagi saya peringkat pimpinan ni tak teruk kita nak tegur mereka sebab mereka ada ilmu, ada pengalaman. Yang susah nak atasi, yang sembang kedai kopi. Jadi kena banyak sabar, tak melenting,” ujarnya menitip nasihat berharga.

Wednesday, October 20, 2010

Friday, September 3, 2010

25 tahun Memali dalam kenangan

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

November depan, genap 25 tahun Peristiwa Memali terakam kukuh dalam sejarah negara. Mungkin tiada perayaan jubli perak meraikannya namun ia tetap diingati, dari perspektif yang mungkin berbeda-beda.
Ketika darah Ustaz Ibrahim Mahmud, atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya, tumpah ke bumi bersama 13 orang anak muridnya, saya berada di tahun akhir Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Sebagai Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa UTM, saya diminta rakan-rakan untuk meninjau lebih dekat tragedi yang ditohmahkan pemimpin kerajaan BN sebagai berpunca daripada "ajaran sesat" dan "melindungi penjenayah".

Ustaz Ibrahim yang mahu ditahan melalui ISA sama sekali tidak mengalah. Beliau menentang akta zalim itu bukan dengan memorandum atau demonstrasi, tetapi mempertaruhkan nyawanya. Dan ini merupakan satu rekod "termahal" dalam usaha menyanggah ISA, yang kini dikenali sebagai kempen "mansuh bukan pinda".

Nama Ustaz Ibrahim tidak asing bagi saya. Sebagai anak Kedah, saya biasa mendengar cerita tentang ketegasan dan kelantangannya. Apabila mendengar daleh Menteri Dalam Negeri, yang juga Timbalan Perdana Menteri, Musa Hitam tentang rasional "operasi pembunuhan" itu, siang-siang lagi saya menyifatkannya satu pembohongan.

Mana mungkin seorang ulama muda yang ikhlas menabur bakti kepada orang kampung dan menolak kesenangan berkhidmat dengan kerajaan terbabit dengan jenayah yang tidak pernah pun dibuktikan.

Sebaik dirasakan suasana agak reda, saya segera pulang ke kampung di Kubang Pasu, mencari teman untuk Mukim Siong, Baling. Kebetulan sepupu saya pernah belajar bersama adik Ibrahim Libya, Ustaz Ismail di Kelantan.

Dalam perjalanan, kami menempuh banyak sekatan jalan raya. Polis berada di mana-mana. Suasana agak menggerunkan, apatah lagi itulah kali pertama saya melalui jalan pintas ke Baling. Pelbagai soalan terpaksa dijawab (dan saya terpaksa memberi alasan palsu( sebelum kami dibenarkan menghampiri lokasi kejadian.

Memali ketika itu bagai dilanggar garuda. Sunyi sepi. Rumah-rumah ditutup rapat. Hatta tiada kelihatan anak-anak bermain di halaman. Kebanyakan penghuninya ditahan.

Kesan-kesan peluru jelas kelihatan di rumah Ustaz Ibrahim. Kami juga ditunjukkan bekas darah. Saya mengambil masa agak lama memerhatikan suasana sekitar rumah bersejarah itu.

Di satu sudut di belakang rumah Assyahid, saya terpaku diam, cuba membayangkan tragedi berdarah itu. Tanpa sedar air mata mengalir. Sungguh pilu. Menusuk jauh ke dalam kalbu.

Mulanya saya menjangkakan rumah yang diserang ketumbukan polis dengan bantuan kereta perisai dan helikopter itu jauh di pinggir hutan, rupanya betul-betul di tepi jalan utama. Jauh sekali daripada sangkaan bahawa Baling masih dikepung komunis.

Dua tahun kemudian, 1987, semasa bertugas di Harakah, sekali lagi saya berkunjung ke sana, bersama Aris Awang, pemberita sambilan Harakah ketika itu. Aris pernah dilantik Setiausaha Perhubungan PAS Kedah beberapa tahun lalu.

Saya diminta menyiapkan satu makalah khas tentang Memali, yang kemudiannya diberi tajuk Percikan Darah Syuhada. Ibrahim Libya tergolong bersama rentetan nama para syuhada

Bersama Aris saya bermalam di sana, dan sempat beramah mesra dengan warga Memali, antara lain dengan "penjenayah yang cukup dikehendaki", seperti didakwa Musa Hitam. Peliknya beliau tidak pula ditangkap dan didakwa di mahkamah.

Sejurus balik ke Kuala Lumpur dan berjaya menyiapkan makalah berkenaan, satu tangkapan borong besar-besaran di bawah ISA dilakukan pada penghujung Oktober 1987, Operasi Lalang.

Mulanya agak keberatan juga Harakah mahu mengedarkannya bimbang ia dijadikan alasan untuk menjadikan senarai tangkapan lebih panjang. Selepas mengadakan perbincangan, satu halaman terpaksa digunting.

Memali kembali dekat apabila saya diperkenalkan dengan Ustaz Ismail, adik Assyahid bagi merawat "penyakit misteri" saya pada tahun 2001. Beliau mudah diajak berbual. Antara topiknya adalah peristiwa berdarah itu juga. Selain "berubat", Ustaz Ismail merupakan teman bercerita.

Kami kerap berbicara soal Memali, suka dan duka, tetapi lebih banyak kisah sedih yang terungkap. Beliau yang meninggal dunia secara tiba-tiba pada Februari 2009, selalu juga menyebut nama anak sulung Ibrahim Libya, Mohd Islah, yang kebetulan tinggal di sekitar Sungai Buloh, tidak begitu jauh dengan rumahnya di Kuang.

Sehinggalah pada minggu lepas, ketika bekas tahanan ISA, Cikgu Zainon Ismail (CN Al-Afghani - saya pernah menerbitkan beberapa bukunya mengenai pengalaman beliau di Afghanistan) menziarahi saya, juga untuk menerima sumbangan tabung Dewan Muslimat PAS Pusat dengan kerjasama Harakah, mewakili keluarga yang memerlukan di Memali, nama waris Assyahid Ibrahim Libya muncul kembali.

Cikgu Non yang juga pernah bertugas dengan Harakah, memberitahu, Islah kini menjadi mudir di sebuah tahfiz dekat Kubu Gajah, Sg Buloh.

Pagi itu, 30 Ogos, saya cukup gembira dapat bertemu wajah anak sulung Assyahid bersama Saleha Husin. Lot 1855, Jalan Gajah 24 itu cukup nyaman dan tenang. Sesuai sekali untuk pelajar tahfiz. Kawasannya pula luas, 2 ekar. Islah ceria bercerita tentang impian membesarkan lagi Maahad Tahfiz At-Taqwa yang diasaskan seorang usahawan.

Saya lebih teruja apabila dimaklumkan cawangannya akan dibuka di Memali sendiri. Bagi saya, waris Ibrahim Libya perlu meneruskan tradisi di kampung bersejarah itu. Sekurang-kurangnya Memali akan dikenali sebagai pusat keilmuan yang dihormati, dan saya kira itu juga satu impian Assyahid.

Islah ketika bapanya gugur syahid berumur 9 tahun, belajar di Dehrang, Kedah, sebuah pusat pengajian Islam di bawah Ustaz Nikmat Yusof. Detik-detik getir 25 tahun lalu masih kejap dalam ingatannya, terutama bagaimana beliau "dilarikan" ke Kelantan.

Harapan saya mahu membaca satu catatan daripada Islah sendiri tentang kembara hidup bersama empat lagi adik-adiknya, Mohd Ihsan, Mohd Irsyad Zamani, Niswah Hasina dan Nurul Syuhada.

Sumbangan untuk Maahad Tahfiz At-Taqwa boleh disalurkan ke dalam akaun Maybank 562085515936 atas nama Ehsani Enterprise.

Wednesday, August 11, 2010

25 tahun Memali

Sambutan 25 tahun Memali akan diadakan pd 19,20 dan 21 Nov 2010. Maklumat lanjut akan disiarkan kemudian

Thursday, June 24, 2010

Kenali Dato’ Fadzil Noor (1937 – 2002)

Abu Urwah Shaari Sungib Latar Belakang Fadzil@Ali bin Mohd Noor dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, Alor Setar, Kedah. Ayahnya Mohd Noor Abdul Hamid dan ibunya Hindun Abdul Rahman meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil. Moyangnya Tuan Guru Hj Idris yang lebih dikenali sebagai Tuan Syeikh Idris Al-Jarumi adalah seorang ulama’ terkenal di Kedah yang berasal dari Patani. Ustaz Fadzil Noor mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga (1946-1949). Beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Makt ab Mahmud Alor Set ar (1949-1958) dan peringkat t inggi (1958-1962).

Setelah tamat pengajiannya di Maktab Mahmud, Ustaz Fadzil Noor menjadi guru di Sekolah Menengah Badlishah, Kulim, Kedah. Kemudian beliau bertugas sebagai pegawai di Jabatan Zakat Negeri Kedah.

Pada tahun 1962, Ustaz Fadzil Noor melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar Mesir. Pada tahun 1967 beliau berjaya menamatkan pelajaran dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Syariah. Sekembalinya dari Mesir, Ustaz Fadzil Noor menjadi tenaga pengajar di Maktab Mahmud (1967- 1973) dan pada tahun 1973 menerima tawaran sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.
Penglibat an Awal Bakat kepimpinan Ustaz Fadzil Noor terserlah bila beliau bergerak cergas dalam persatuan pelajar dan terkenal sebagai pemidato yang pintar dan dihormati di Maktab Mahmud. Ketika di Mesir Ustaz Fadzil Noor memimpin Kesatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sebagai ketua penerangan, setiausaha dan akhirnya sebagai timbalan presiden. Ustaz Fadzil Noor pernah menjadi setiausaha Persatuan Ulama Malaysia (1974-1976), Setiausaha Penerangan ABIM (1973-1974) dan Timbalan Presiden ABIM (1974-1978). Ustaz Fadzil Noor juga pernah menjadi setiausaha Pert ubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) cawangan Kedah. Semasa memimpin ABIM, Ust az Fadzil Noor turut terlibat dalam demonstrasi membela rakyat miskin di Baling, Kedah pada t ahun 1974. Ket ika Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA di Kamunting dari tahun 1974 hingga 1976, Ustaz Fadzil Noor menjadi Pemangku Presiden ABIM.
Penglibat an dalam PAS Ustaz Fadzil Noor mula terlibat dengan PAS pada tahun 1959 ketika masih menuntut di Maktab Mahmud. Beliau membantu calon-calon PAS dalam pilihanraya tahun tersebut. Ustaz Fadzil Noor juga dalam kempen t ersebut sering mengikut i ceramah-ceramah Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Prof. Zulkifli Muhammad. Ustaz Fadzil Noor seterusnya dilantik menjadi YDP PAS Kawasan Kuala Kedah dan Ahli Perhubungan Negeri PAS Kedah.

Jawatan tertinggi yang disandang oleh Ust az Fadzil Noor adalah Naib Yang Dipertua (1979-1983) * Timbalan Yang Dipertua (1983-1989) * Presiden PAS (1989-2002) Ustaz Fadzil Noor mula menjadi Yang Dipert ua pada 31 Mac 1989. Nama jawatan Yang Dipert ua PAS ditukar menjadi Presiden PAS pada masa beliau. Ditahan Polis Dalam perjuangan menegakkan kebenaran, Ustaz Fadzil Noor pernah ditahan dua kali oleh pihak polis. Pada penghujung tahun 1970an, ketika sedang berucap dalam majlis ceramah di Kg Seberang Takir, Terengganu, tiba-tiba pihak polis mengumumkan bahawa ceramah tersebut adalah perhimpunan haram. Turut hadir dalam ceramah it u adalah Ust az Abdul Hadi Awang, Mustafa Ali dan Ustaz Fadhullah Shuaib. Tanpa menghiraukan amaran tersebut, Ustaz Fadzil Noor meneruskan ceramahnya dengan memberi peringat an kepada pihak polis tentang sebuah hadith Nabi s.a.w.
Sepasukan polis terus menyerbu dan menahan Ustaz Fadzil Noor beserta para penceramah lain. Mereka terus dibawa ke balai di bandar Kuala Terengganu malam itu juga. Bermalamlah Ust az Fadzil Noor di lokap pada malam itu. Lewat malam itu juga Pemuda PAS memobilisasi sokongan dan menjelang subuh kira-kira 15,000 orang ahli dan penyokong PAS telah berkumpul di luar kawasan balai polis Kuala Terengganu. Mereka mendesak pemimpin-pemimpin mereka dibebaskan segera. Perundingan antara beberapa orang wakil PAS dengan pihak polis diadakan. Hasilnya, Ustaz Fadzil Noor dan pemimpin-pemimpin yang ditahan dalam lokap tersebut dibebaskan tanpa sebarang t indakan.

Sekali lagi Ustaz Fadzil Noor ditahan oleh pihak polis adalah dalam ceramah di Jerlun, Kedah. Peristiwa ini berlaku ketika kes Muassasah Darul Ulum menjadi isu panas di antara PAS dengan UMNO di Kedah. Ust az Fadzil Noor dit ahan semasa berceramah. Beliau ditahan bersama Hj. Shaari, YDP PAS Kawasan Jerlun dan dikenakan ikat jamin. Kesnya terus dibawa ke mahkamah. Walau bagaimanapun kes ini digugurkan berikutan kematian Hj. Shaari.

Orang Kanan Tuan Guru Yusof Rawa Dalam perjuangan bersama-sama PAS, terutamanya sejak era peralihan kepimpinan, Ustaz Fadzil Noor sent iasa berseiringan jalan dengan Tuan Guru Yusof Rawa. Selepas pilihanraya tahun 1978 lagi, ketika Tuan Guru Yusof Rawa menjadi Naib Yang Dipertua pertama, Ustaz Fadzil Noor menjadi Naib Yang Dipertua kedua. Semasa Tuan Guru Yusof Rawa berjaya memenangi jawatan Timbalan yang Dipertua parti dalam tahun 1981, Ustaz Fadzil Noor pula menduduki jawatan Naib Yang Dipertua pertama.

Apabila Majlis Syura Ulama’ diwujudkan melalui pindaan Perlembagaan PAS, Ustaz Fadzil Noor bersama-sama Tuan Guru Yusof Rawa mewakili Jawatankuasa PAS Pusat untuk duduk dalam Majlis Syura Ulama’. Ketika Tuan Guru Yusof Rawa dipilih menjadi Mursyidul Am yang pertama, bebanan tugas Yang Dipertua telah dilaksanakan sebahagiannya oleh Ustaz Fadzil Noor.

Demikian juga semasa Tuan Guru Yusof Rawa uzur menjelang saat-saat akhir beliau memegang jawatan Yang Dipertua, maka Ustaz Fadzil Noor merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju utama parti. Ustaz Fadzil Noor merupakan orang yang paling kehadapan membantu Tuan Guru Yusof Rawa semasa PAS berhadapan dengan krisis peralihan kepimpinan dan tragedi Memali.

Ustaz Fadzil Noor juga menjadi pembantu utama semasa Tuan Guru Yusof Rawa merintas konsep kepimpinan ulama’ dan mengukuhkan asas-asas harakah Islamiyyah dalam PAS. Ustaz Fadzil Noor adalah orang kanan Tuan Guru Yusof Rawa sepanjang perjuangan mereka bersama-sama dalam PAS.
Menangani Fatwa Syuhada’ Memali Semasa tercetusnya tragedi Memali, tugas menangani kes tersebut telah diserahkan oleh Tuan Guru Yusof Rawa kepada Ust az Fadzil Noor. Beliau pada masa itu adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah. Persoalan paling ut ama kepada Ust az Fadzil Noor pada masa it u adalah bagaimana jenazah hendak diurus? Adakah mereka syuhada’?. Sekiranya mereka mati syahid, jenazah mereka tidak perlu dimandi, dikapan dan disolat-jenazahkan.

Ustaz Fadzil Noor terus menemui Tuan Guru Haji Omar, seorang alim yang sangat disegani di Baling. Menurut Tuan Guru Haji Omar, Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya sah mati syahid. Ustaz Fadzil Noor merujuk lagi kepada Tuan Guru Haji Yahya Joned, ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah dan menant unya Ust az Azahari Abdul Razak, ahli Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Kedua mereka adalah pimpinan ulama’ PAS Kedah.
Mereka berdua menyokong pendapat Tuan Guru Haji Omar. Ustaz Fadzil Noor seterusnya cuba mendapatkan pengesahan daripada Majlis Fatwa Negeri Kedah tetapi dalam waktu yang suntuk Majlis Fatwa tidak dapat mengadakan mesyuarat . Dengan itu jenazah Ustaz Ibrahim Libya dan 13 orang rakan-rakannya dikebumikan sebagai para syuhada’. Dua minggu kemudian Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Kedah mengatakan mereka tidak mati syahid dan dianggap sebagai syibghul bughah. Seterusnya Majlis Fatwa Kebangsaan pula mengeluarkan fatwa bahawa Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya sebagai bughah, atau penderhaka. Ustaz Fadzil Noor mengat akan jika pihak kerajaan menganggap mereka tidak syahid, kerajaan mesti bertindak menggali kubur, memandi, mengkafan dan menyembahyang-jenazahkan mereka! Untuk meredakan keadaan, Sultan Kedah telah perkenan menziarahi pusara Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya. Berikutan itu Ustaz Fadzil Noor mengulas:”Mana ada raja perkenan menziarah kubur orang derhaka? Macam Hang Jebat yang dianggap derhaka kepada Raja Melaka, tidak pernah ada raja-raja dari dulu hingga sekarang ziarah kubur Hang Jebat ”
Tindakan terhadap Ibrahim Libya adalah untuk mengelakkan pengaruhnya dan pengaruh PAS berkembang agar UMNO tidak tergugat di Baling. Tetapi tanpa Ibrahim Libya pun, akhirnya Baling jatuh ke tangan PAS pada pilihanraya 1999. Dalam debat Parlimen, isu Memali dibangkitkan oleh UMNO. Pihak yang mengatakan Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya tidak syahid mencabar supaya Ustaz Fadzil Noor menggali pusara syuhada it u, sama ada hancur atau tidak jenazah mereka.

Ustaz Fadzil Noor lantas menjawab: ” Kami percaya mereka syahid, kami tidak perlu menggali kuburnya. Yang Berhormat yang tidak percayalah yang patut menggalinya unt uk melihat badan mereka hancur atau masih segar ”

Memantapkan Konsep Kepimpinan Ulama’ Kepimpinan Ulama’ diasaskan semasa kepimpinan Tuan Guru Yusof Rawa sebagai Yang Dipertua dengan Ustaz Fadzil Noor sebagai
timbalannya. Di bawah kepimpinannya, Ustaz Fadzil Noor menekankan agar golongan ulama’ hendaklah sentiasa berusaha untuk melayakkan diri menjadi pemimpin dan PAS memberikan perhatian supaya institusi ulama’ mesti disokong dan didaulatkan.
Ustaz Fadzil Noor berpandangan bahawa kepimpinan PAS akan lebih terbuka dan lebih anyak dipikul oleh golongan intelektual masa depan, namun konsep kepimpinan ulama’ akan terus menjadi teras.

Dengan itu Ustaz Fadzil Noor tetap menekankan perihal pentingnya penghayatan kepimpinan ulama’. Sejak kepimpinan ulama’ diketengahkan, PAS berjaya menawan dua buah negeri iaitu Kelantan dan Terengganu. Kedua-dua negeri ini telah memberikan penghormatan kepada ulama’ untuk menjadi Menteri Besar. Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi Awang ke Parlimen juga merupakan satu penampilan tokoh ulama’ yang berwibawa dan amat dikagumi. Kempen Menambah 500,000 Ahli Setelah menjadi Presiden, Ustaz Fadzil Noor menyedari bahawa walaupun setelah 40 tahun usia PAS, jumlah keahliannya baru mencecah 300,000 orang. Pada tahun 1990, beliau melancarkan kempen menambahkan keahlian PAS kepada 500,000 orang dalam tempoh lima tahun. Sasaran ini adalah sebelum pilihanraya tahun 1995. Dalam satu Ucapan Dasarnya, Ust az Fadzil Noor menyarankan supaya pemimpin-pemimpin di semua peringkat hendaklah memastikan agar ada cawangan PAS di setiap kampung, di setiap taman perumahan dan di setiap lorong.

Ustaz Fadzil Noor menegaskan hendaklah ada sekurang-kurangnya seorang ahli PAS dalam setiap rumah. Ustaz Fadzil Noor membuktikan arahannya itu dilaksanakan di kawasannya sendiri di DUN Bukit Raya. Di Bukit Raya, cawangan-cawangan PAS jauh melebihi cawangan-cawangan UMNO. Pada Jun 1995, keanggotaan PAS telah mencecah 400,000. Walaupun jumlah tersebut tidak memenuhi sasarannya, namun purata penambahan 2,000 orang ahli sebulan telah dapat dicapai. Ledakan pertambahan ahli ini walau bagaimanapun berlaku setelah tercetusnya Reformasi ekoran pemecatan Anwar Ibrahim. Purata penambahan ahli PAS untuk beberapa bulan berikutnya adalah antara 10,000 hingga 15,000 orang sebulan. Pelaksanaan Hudud Enakmen Syariah II Kelantan yang termasuk di dalamnya hukum hudud telah dikemukakan oleh Kerajaan PAS Kelantan semasa kepimpinan Ustaz Fadzil Noor. Ustaz Fadzil Noor menjelaskan bahawa PAS telah mengumumkan hasratnya untuk melaksanakan syariat Islam termasuk hudud sejak ia dit ubuhkan pada t ahun 1951. Para pemimpin PAS sejak itu tidak pernah berselindung mengenai cita-cita tersebut. Hasrat ini telah disebut dalam ceramah dan manifesto-manifesto pilihanraya PAS. Ustaz Fadzil Noor menjelaskan bahawa PAS dalam melaksanakan syariat Islam tidak pernah bersikap terburu-buru. Contohnya, kerajaan Kelantan telah mengambilkira pandangan awal Perdana Menteri yang pernah membuat kenyatan bahawa beliau bersedia memberi laluan kepada Kelantan untuk melaksanakan hudud.
Kerajaan Kelantan juga mengambil kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri yang menyebut kononnya UMNO tidak menentang hudud. Pandangan parti-parti bukan Melayu juga diberi perhatian. Ketua Dewan Ulama’ sebagai sifatnya Menteri Besar Kelantan telah membuka pintu pejabatnya untuk berdialog dengan ketua-ketua agama dan politik serta pemimpin-pemimpin masyarakat.

Kenali Allahyarham Datuk Hj Fadzil Noor

Kenali Allahyarham Tuan Hj Yusof Rawa (1922 – 2000)

Oleh : Saari Sungib | abuurwah@gmail.com |
http://www.scribd.com/doc/12307869/HJyusofrawa

Latar Belakang Yusof bin Haji Abdullah dilahirkan di Lebuh Acheh, Pulau Pinang pada 8 Mei 1922. Bapanya adalah seorang pedagang yang merantau dari Sumatera berdagang Al-Quran, kitab-kitab dan alat-alat kegunaan untuk ibadat seperti tasbih, sejadah dan lain-lain.

Pendidikan awal Tuan Guru Yusof Rawa bermula di Sekolah Melayu Jalan Carnavon dan kemudiannya di Sekolah Charausta. Pendidikan menengah beliau ialah di Government English School dan kemudiannya di Penang Free School sehingga lulus peringkat Junior Cambridge.

Selepas itu bapanya menghantar beliau ke Makkah untuk menuntut dalam bidang agama. Semasa tercetusnya Perang Dunia Kedua, Tuan Guru Yusof Rawa terus menetap di Makkah untuk mendalami penget ahuan agama. Beliau menet ap di sana selama 12 t ahun. Menghadapi Ujian Semasa Jepun menyerang Tanah Melayu, kawasan tempat tinggal keluarga Tuan Guru Yusof Rawa dihujani dengan bom dari pesawat udara Jepun. Bapanya, Hj Abdullah Hj Nordin sempat menyelamat kan anak-anak dan isterinya.
Walau bagaimanapun, tatkala keluar sekali lagi untuk mengambil sesuatu yang masih tertinggal di kedainya, sebutir bom gugur dekat dengannya. Hj Abdullah terkorban dan tubuhnya berkecai. Peristiwa itu berlaku semasa Tuan Guru Yusof Rawa berada di Makkah. Semasa di Makkah di zaman remajanya, Tuan Guru Yusof Rawa juga pernah diburu oleh pihak polis Masjidil Haram. Beliau terpaksa bersembunyi beberapa hari untuk mengelakkan daripada ditangkap polis. Perist iwa ini berlaku ekoran perkelahian di ant ara anak-anak Jawi dengan remaja Arab Makkah.

Sekembalinya Tuan Guru Yusof Rawa dari Makkah, beliau menerbitkan majalah Al-Islah. Di atas kegiatannya ini beliau ditahan oleh penjajah Inggeris yang mengesyaki beliau terbabit dengan gerakan Islah di Mesir.

Penglibatan dalam PAS Tuan Guru Yusof Rawa mendaftar menjadi ahli seumur hidup pada awal penubuhan PAS iaitu pada tahun 1951. Pada tahun 1959 beliau dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.Beliau kemudian dipilih untuk menduduki Jawatankuasa Pusat yang ketika itu didominasi oleh pemimpin-pemimpin dari Pant ai Timur dan Kedah. Sejak dari zaman Dr. Burhanuddin Al-Helmy lagi, Tuan Guru Yusof Rawa sudah pun dianggap sebagai salah seorang pemimpin kanan PAS. Menjelang penghujung tahun 1970an, Tuan Guru Yusof Rawa menjadi Naib Yang Dipertua pertama dan Naib Yang Dipert ua kedua adalah Ust az Fadzil Noor.

Krisis kepimpinan dalam PAS menyaksikan Timbalan Yang Dipertua, Ustaz Hassan Adli mengosongkan jawatannya. Tuan Guru Yusof Rawa mencabar Dato’ Abu Bakar Omar untuk jawatan tersebut tetapi kalah.

Pada tahun 1981, Tuan Guru Yusof Rawa bertanding sekali lagi untuk jawatan Timbalan Yang Dipert ua PAS dan menang. Pergolakan PAS pada tahun 1982 telah memaksa Dato’ Mohd Asri Muda meletakkan jawatan. Jawat an Yang Dipert ua PAS t elah dipangku oleh Tuan Guru Yusof Rawa. Dalam Mukt amar PAS ke-29 pada tahun 1983, Tuan Guru Yusof Rawa telah sebulat suara dilantik Yang Dipertua PAS. Apabila Majlis Syura Ulama’ diwujudkan melalui pindaan Perlembagaan PAS, Tuan Guru Yusof Rawa telah dipilih sebagai Mursyidul Am yang pert ama pada t ahun 1987.

Di atas sebab-sebab kesihatan, Tuan Guru Yusof Rawa melepaskan jawatan sebagai Yang Dipertua pada tahun 1989 tetapi kekal memegang jawatan sebagai Mursyidul Am. Tuan Guru Yusof Rawa melepaskan jawatan sebagai Mursyidul Am pada tahun 1993. Jawatan it u dipegang set erusnya oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat , selaku Mursyidul Am PAS yang kedua.

Menangani Krisis Peralihan Tuan Guru Yusof Rawa mengambil alih kepimpinan ketika PAS berhadapan bukan hanya dengan kemelut dalaman PAS tetapi juga dalam angkatan gerakan Islam. Kemelut dalaman PAS berlaku apabila terpinggirnya Dato’ Asri dan angkatan pemimpin-pemimpin eranya. Ekoran itu berlaku pula tindakan dan ancaman terhadap PAS daripada penyokong-penyokong Dato’ Mohd Asri.

Kemelut dalaman di kalangan angkat an gerakan Islam pula berlaku apabila rakan kongsi perjuangan Islam, Anwar Ibrahim daripada ABIM membuat keput usan unt uk menyert ai UMNO. Tuan Guru Yusof Rawa amat kecewa apabila Anwar Ibrahim mengambil keputusan menyertai UMNO. Dalam perbualan telefonnya dengan Anwar, Tuan Guru Yusof Rawa menyatakan: ”...tindakan anda itu umpama menikam kami dari belakang”
Dengan pendedahan dan pengalamannya yang luas, dimantapkan dengan sikap keterbukaan dan kesederhanaannya, Tuan Guru Yusof Rawa telah berjaya menampung kemelut ini sehingga PAS berjaya ditempatkan dalam arus perdana perjuangan Islam di negara ini. Pendekatan dan mesej perjuangan Islam yang dibawa oleh Tuan Guru Yusof Rawa telah berjaya menarik minat angkatan muda dan pencint a-pencint a perjuangan Islam menyert ai PAS.

Dalam menangani era peralihan ini, Tuan Guru Yusof Rawa amat beruntung kerana dibantu oleh tokoh-tokoh besar sepert i Ustaz Fadzil Noor, Ustaz Abdul Hadi Awang, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat , Ustaz Hasan Shukri, Mustafa Ali dan tokoh-tokoh muda PAS yang lainnya.

Menangani Gejala Dalaman Setelah melepaskan jawatan sebagai Yang Dipertua, Dato’ Mohd Asri Muda balik ke Kelantan dan mengadakan perjumpaan terbuka dengan penyokongnya mengecam pimpinan baru regu Tuan Guru Yusof Rawa dan Ustaz Fadzil Noor. Kumpulan ini mengancam untuk bertindak menggempur pimpinan baru PAS. Laporan yang diterima dari Kelantan melihat ancaman itu membahayakan perpaduan jamaah.
Demi menjaga keutuhan parti, Tuan Guru Yusof Rawa melalui mesyuarat Jawatankuasa Disiplin telah membuat satu keputusan yang amat berat sekali. Keputusan tegas dan berani telah dibuat dengan Ustaz Hasan Shukri selaku Setiausaha Agung telah mengeluarkan surat kepada Dato’ Mohd Asri Muda yang menyebut :

”Jawatankuasa Disiplin parti menggantung keahlian saudara daripada menjadi ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mulai dari tarikh keputusan ini dibuat sehingga kepada masanya diberitahu kelak.

Dengan demikian maka terlucutlah segala hak keahlian saudara dalam PAS seperti yang disebutkan oleh Fasal 14(10(a) hingga (e) mula tarikh di atas, 9 Rabiul Akhir 1403/ 23 Januari 1983 hingga masanya diberit ahu kelak”

Bersama-sama Dato’ Mohd Asri Muda yang dikenakan tindakan disiplin ialah 12 orang lagi yang mana ada di antaranya dipecat, digantung dan diberi amaran. Sebahagian besar daripada mereka adalah ahli Jawat ankuasa Agung.
Tindakan ini dikira sebagai tindakan paling berani yang diambil oleh gandingan kepimpinan Tuan Guru Yusof Rawa dan Ustaz Fadzil demi menyelamat kan parti daripada ancaman krisis. Mengasaskan Kepimpinan Ulama’ Isu kepimpinan ulama’ timbul dalam PAS apabila krisis melanda PAS di bawah kepimpinan Dato’ Mohd Asri Muda, terutama pada tempoh terakhirnya. Ia bermula dengan polimik apakah PAS parti Islam at au part i nasionalis? Walaupun PAS tidak pernah berganjak bahawa ia adalah sebuah jamaah Islam, namun pandangan yang melihat PAS sebagai lebih kepada arah nasionalis amat berpengaruh pada era Dato’ Mohd Asri Muda.
Pertembungan pemikiran ini melemahkan daya tahan pimpinan angkatan Dato’ Mohd Asri Muda. Ada yang berpandangan bahawa malang yang merundung PAS ialah kerana ia tidak dipimpin oleh ulama’.

Tidak pula dinafikan pengaruh daripada kepimpinan ulama’ dalam Revolusi Iran mempengaruhi suasana dalam PAS pada masa itu. Kejayaan umat Islam meruntuhkan rejim zalim Shah Iran dilihat sebagai kejayaan cemerlang kepimpinan ulama’.
Dalam suasana inilah tampil tokoh besar dalam PAS seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan tokoh-tokoh pelapis seperti Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi Awang. Berlatarbelakang senario ini, Tuan Guru Yusof Rawa merintis jalan ke arah kepimpinan ulama’.

Sikap keterbukaan dalam gaya kepimpinan Tuan Guru Yusof Rawa telah menjadikan seluruh lapisan keahlian menerima dan terus memartabatkan kepimpinan ulama’ dalam PAS. Dengan itu, Tuan Guru Yusof Rawa telah berjaya memantapkan paksi perjuangan PAS Sebagai parti politik Islam, gerakan dakwah dan harakah Islamiyyah melalui konsep kepimpinan ulama’. Pindaan Perlembagaan 1983 Setelah memantapkan PAS di segi dalaman, Tuan Guru Yusof Rawa berusaha meletakkan semula PAS sebagai sebuah parti polit ik Islam yang berwibawa di negara ini. Peluang tersebut muncul apabila Dr. Mahathir Mohamad mengambil langkah untuk menyekat kuasa raja-raja Melayu melalui pindaan Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1983.

Tuan Guru Yusof Rawa menerajui PAS membantah langkah Dr. Mahathir. PAS mengambil sikap mempertahankan hak raja-raja Melayu dan menyekat pembolotan kuasa kerajaan yang cuba dilakukan oleh Dr. Mahathir. Tindakan ini sekali gus berjaya menampilkan PAS sebagai juara umat Islam dan bangsa Melayu.

Walaupun langkah ini diambil oleh Tuan Guru Yusof Rawa, dasar PAS t et ap selaras dengan Islam. Ini kerana sepanjang sesi 1984-85, PAS di bawah pimpinan Tuan Guru Yusof Rawa sering berbicara mewakili golongan mustadafin dan menentang golongan mustakbirin. Dalam tempoh tersebut, PAS memperkenalkan secara terbuka perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kefasadan.

Seterusnya pada tahun 1985, di bawah teraju Tuan Guru Yusof Rawa, PAS meningkatkan kempen menentang segala bentuk asabiyyah, terutama asabiyyah UMNO dan Barisan Nasional. Kebijaksanaan Tuan Guru Yusof Rawa merebut peluang daripada langkah Dr. Mahathir untuk menyekat hak raja-raja Melayu t elah memberi ruang yang seluasnya bagi beliau menempat kan PAS kembali sebagai sebuah parti politik dan gerakan Islam yang relevan dan berwibawa di negara ini.

Tragedi Memali yang tercetus pada 18 November 1985, berlaku semasa PAS dit erajui oleh Tuan Guru Yusof Rawa. Tragedi ini merupakan pembunuhan kejam Ustaz Ibrahim Libya dan tigabelas muridnya akibat serangan kira-kira 4,000 anggota polis. Empat anggota polis turut terkorban.

Tragedi Memali bermotifkan politik. Peristiwa ini berlaku apabila sokongan orang Melayu yang semakin meningkat terhadap PAS lantaran penerimaan mereka terhadap kewibawaan PAS dan kepimpinan ulama’.

Tragedi Memali didahului sebelum itu dengan beberapa operasi penahanan ISA terhadap tokoh- tokoh Pemuda PAS. Tuan Guru Yusof Rawa dengan tenang menangani tragedi di Memali. Tugas ini diserahkannya dengan penuh bijaksana kepada timbalannya, Ustaz Fadzil Noor, yang juga pada masa it u adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah.

Di bawah kepimpinan Tuan Guru Yusof Rawa, PAS menegaskan bahawa Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya gugur sebagai syuhada’. Pendirian ini dipertahankan oleh Tuan Guru Yusof Rawa walaupun Jawat ankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Kedah mengat akan mereka tidak mati syahid dan dianggap sebagai syibghul bughah.
Apabila Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa bahawa Ustaz Ibrahim Libya dan rakan- rakannya sebagai bughah, atau penderhaka, Tuan Guru Yusof Rawa tetap cekal mempertahankan pendirian PAS bahawa mereka semua adalah mati syahid.
Menent ang Kezaliman ISA Semasa PAS diterajui oleh Tuan Guru Yusof Rawa, pemimpin-pemimpin PAS terutama tokoh-tokoh Pemuda sering berhadapan dengan tangkapan di bawah ISA. Semasa Dato’ Mohd Asri Muda menerajui PAS, pendirian PAS t erhadap ISA adalah seperti yang diungkapkan sendiri olehnya sebagai:

” PAS merasakan betapa perlunya undang-undang itu bagi sebuah negara merdeka yang masih muda seperti Persekutuan Tanah Melayu demi menjaga keamanan negara dan mengawasi serta mencegah gerakan subversif, apatah lagi gerakan komunis yang amat memerlukan pengawasan dan prihat in daripada seluruh rakyat yang cint akan keamanan.
Sikap ini menjadi bukti kerana sekalipun PAS berada di pihak pembangkang, PAS tidaklah mengambil sikap menentang secara melulu, mentang-mentang menjadi golongan pembangkang, maka semua yang dat ang daripada kerajaan ditentang”

Berlainan dari zaman Dato’ Mohd Asri Muda, di bawah teraju Tuan Guru Yusof Rawa, PAS mengambil sikap dan pendirian yang berbeza terhadap ISA. Perubahan ini ketara dalam Ucapan Dasar Tuan Guru Yusof Rawa pada tahun 1985. Di mana katanya:

” Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri yang diluluskan oleh Parlimen dan pindaan- pindaan yang telah dibuat ke atasnya lebih kejam lagi. Undang-undang ini tidak terikat kepada mana-mana prinsip sekalipun, kecuali kepada keinginan Menteri Dalam Negeri. Mangsanya dihukum tanpa memerlukan apa-apa pembuktian, sama ada dari yang dituduh at au yang menuduh”

Menyentuh penahanan pemimpin-pemimpin muda PAS seperti Ustaz Abu Bakar Chik, Abdul Razak Daud, Mohamad Sabu, Ustaz Bunyamin Ya’kub dan Suhaimi Said, Tuan Guru Yusof
Rawa menegaskan:

” Penahanan mereka hanyalah semata-mata di atas keinginan Menteri Dalam Negeri yang didesak berulang kali oleh wakil-wakil dalam Perhimpunan Agung UMNO. Bahaya kepada UMNO dianggap sebagai bahaya kepada keselamatan negara. Kemerosotan sokongan kepada UMNO dianggap perpecahan dan ancaman yang membahayakan orang-orang Melayu. Inilah lojik dan cara berfikir pemimpin yang mengamalkan prinsip diktator berparlimen. Undang-undang ini nyata sekali bertentangan dengan keadilan.”

Dalam Ucapan Dasar pada tahun 1988, menyentuh tangkapan ISA terhadap sepuluh orang pemimpin muda PAS di bawah Operasi Lalang, Tuan Guru Yusof Rawa menegaskan: ”
Sebenarnya tindakan ini bukan kerana keselamatan negara, tetapi adalah kerana muslihat pemimpin-pemimpin yang sudah terpisah dari orang ramai, terpisah dari perjuangan rakyat dan partinya sendiri, malah terpencil dari kliknya sendiri. ISA pada prinsipnya adalah undang-undang yang zalim kerana ia tidak memberi peluang membela diri kepada mangsanya dalam apa bentuk pun.”

Dasar yang diambil oleh Tuan Guru Yusof Rawa terhadap ISA adalah jelas berdasarkan prinsip. PAS menolak ISA kerana ia zalim! Kejelasan pendirian dalam isu ISA inilah yang diwarisi oleh Ust az Fadzil Noor ketika menerajui PAS.

Sumbangan kepada Gerakan Islam: Sikap Terbuka dan Sederhana Sumbangan terbesar Tuan Guru Yusof Rawa terhadap gerakan dan perjuangan Islam di Malaysia adalah di atas tindakannya untuk mengukuhkan serta menempatkan kembali PAS dalam arus perdana polit ik dan dakwah di negara ini. Kepimpinannya yang terbuka memberi ruang yang seluas- luasnya kepada tokoh dan tenaga muda pelapis dalam PAS untuk melakar dan mencorakkan peta baru perjuangan Islam di Malaysia melalui PAS.

Konsep kepimpinan ulama’ yang diterajuinya memart abat kan kedudukan gerakan Islam di atas paksi ilmu, syaksiyyah dan akhlak mulia pemimpin-pemimpin yang tinggi cita-cita perjuangan Islamnya. Peralihan daripada sebuah gerakan yang dianggap sebagai nasionalis Islam kepada sebuah harakah Islamiyyah telah menarik minat golongan teknokrat, intelektual, para lepasan universiti tempatan dan luar negara sert a pelbagai lapisan pencinta perjuangan Islam di negara ini.

Tuan Guru Yusof Rawa turut memberi ruang yang luas kepada barisan pimpinan pelapis untuk meneroka kerjasama politik dengan kaum bukan Islam. Beliau merintis jalan ke arah penubuhan CCC atau Chinese Consultative Council.

Dalam konteks pengukuhan unsur-unsur dalaman PAS, Tuan Guru Yusof Rawa membuka ruang Seluas-luasnya kepada pendekatan tarbiyyah dan harakiyyah. Pendedahannya di luar negara serta pengetahuannya tentang perjuangan gerakan Islam seperti Ikhwan Muslimin dan gerakan-gerakan pembebasan yang lain, memberi keupayaan kepada Tuan Guru Yusof Rawa untuk mencorakkan gerakerja haraki dalam PAS. Sikap ini telah berjaya memberi laluan kepada pendokong-pendokong Islam daripada pelbagai latar belakang untuk menyertai dan terlibat aktif dalam PAS.

Demikian juga bagi mereka yang mendokong pendekatan Revolusi Islam Iran. Sikap terbuka dan sederhana Tuan Guru Yusof Rawa telah memberi ruang bagi mereka terlibat memberi sumbangan perjuangan Islam dalam PAS.

Di bawah kepimpinannya, Tuan Guru Yusof Rawa menegaskan bahawa apa yang boleh dianut i adalah semangat revolusi di segi menent ang penindasan pemerint ah yang zalim, tet api bukan di segi anutan mazhabnya.
Namun di sebalik sikap t erbuka dan sederhananya, PAS di bawah t eraju kepimpinan Tuan Guru Yusof Rawa tidak pernah berkompromi dengan kezaliman, penindasan dan kemungkaran. Pendirian inilah yang menampilkan ident it i PAS sebagai part i polit ik Islam dan sebuah harakah Islamiyyah.

Di bawah teraju Tuan Guru Yusof Rawa, ditegaskan dengan jelas bahawa kepimpinan ulama’ bukan sahaja membawa makna kepimpinan mesti diterajui oleh ulama’. Hakikat yang lebih utama adalah kepimpinan ulama’ berkehendakkan kepada kandungan perjuangan yang berteraskan ciri-ciri tarbiyyah, dakwah, ilmu dan satu pergerakan atau harakah yang menjadikan cita-cita Islam sebagai paksinya.

Jelas, di bawah kepimpinannya, Tuan Guru Yusof Rawa telah meletakkan paksi penting perjuangan PAS selepas mengambilalih daripada Dato’ Mohd Asri Muda. Pencapaian Sebagai Ahli Polit ik Islam Kemenangan awal dalam penglibatan politik Tuan Guru Yusof Rawa ialah pada pilihanraya tahun 1969 apabila berjaya mengalahkan Dr. Mahat hir Mohamad bagi kerusi Parlimen Kota Setar Selatan. Sebelum penyertaan PAS dalam kerajaan Perikatan lagi, Tuan Guru Yusof Rawa telah diberikan kepercayaan oleh Tunku Abdul Rahman pada awal tahun 1970an untuk menganggotai delegasi negara melawat umat Islam di Taiwan. Perlantikan ini dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman memandangkan kemampuan Tuan Guru Yusof Rawa bertutur dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab.
Apabila PAS menyertai kerajaan campuran dengan Perikatan pada tahun 1973, Tuan Guru Yusof Rawa dilantik sebagai wakil Malaysia ke PBB untuk membahaskan isu-isu antarabangsa yang melibatkan Malaysia. Tuan Guru Yusof Rawa juga pernah menjadi Konsul Kehormat Iraq di Pulau Pinang. Beliau t inggal selama set ahun di New York unt uk mewakili negara di PBB.

Sekembalinya dari New York beliau menyertai pilihanraya tahun 1974 dan menang tanpa bertanding. HJ.yusof.rawa

Kenali Allahyarham Tuan Hj Yusof Rawa

Tuesday, June 15, 2010

Al Fatihah . Bekas mangsa Memali meninggal dunia

pada 12 Jun 2010 lepas seorang lagi mangsa Memali telah meninggal dunia. Beliau ialah Allahyarham Ahmad Lebai Kadir atau leboh dikenali sebagai Mat Wak Dir. Beliau meninggal dunia di rumah beliau . Beliau juga turut di tahan bawah ISA di Kem Tahanan ISA Kamunting, Perak. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. amin

Monday, June 14, 2010

TAKZIAH ATAS PEMERGIAN UST HASAN SHUKRI

Mewakili seluruh penduduk dan ahli PAS Cawangan Kg. Memali mengucapkan takziah di atas pemergian Ust Hassan Shukri jam 2 ptg tadi. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan ditempatkan dikalangan hambaNya yang Soleh. Semoga seluruh keluarga beliau dapat bersabar di atas ujian ini.

banyak jasa telah dihulurkan kepada penduduk Memali sejak dahulu hingga kini. Kami semua amat menghargainya.

Sunday, March 14, 2010

PERBETULKAN SEJARAH MEMALI- SN DATO' A SAMAD SAID


Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

MEMALI: Sasterawan Negara, Dato’ (Dr) A Samad Said mahu pihak yang berkenaan menggesa Kerajaan Malaysia membersihkan nama as-Syahid Ustaz Ibrahim Mahmud dan membetulkan kembali sejarah Peristiwa Memali 1985.

Katanya, pembayaran pampasan oleh pihak kerajaan tidak harus dianggap penyelesaian terhadap kejadian berdarah itu.

Sebagaimana maklumat yang dimomokkan kepadanya selama ini, beliau mahu sejarahnya itu dijernihkan hingga akhirnya mewaraskan kembali sejagat dari stigma tuduhan terhadap peristiwa tersebut.

“Tidak harus berakhir dengan pampasan. Dia (Ustaz Ibrahim) dituduh membawa ajaran sesat, dituduh macam-macam yang memburukkan dia. Jadi, kerajaan mesti mengumumkan, kerajaan mesti membetulkan semula tuduhan mengatakan mereka ini (para syuhada) membawa ajaran sesat.

“Jika tidak, sejarah akan terus meletakkan Ustaz Ibrahim (sebagai) membawa ajaran sesat, penentang dan sebagainya. Bukan itu sahaja, nama kampung ini (Kampung Memali) juga akan tercemar dan terus dianggap begitu,” getusnya ketika melawat ke rumah as-Syahid Ustaz Ibrahim Mahmud di Kampung Memali, di sini 10 Mac lalu.

Ujar beliau, jika perkara itu tidak diperjuangkan untuk mengadakan pembetulan dan makluman semula, sejarah dan generasi depan akan terus mengulang tuduhan itu terhadap para syuhada dan peristiwa tersebut.

Tegasnya, bukan sahaja tuduhan terhadap peristiwa itu sahaja perlu diperbetulkan, malah beliau mahu kerajaan menghentikan dan membetulkan semua tuduhan yang dibuat terhadap mana-mana pihak.

GAMBAR LAWATAN SN A SAMAD SAID KE MEMALI














Berkelah makan tengahari di tepi sungai 'Dataran Dato' A Samad Said' di Kampung Becah Sawa, Baling














Ucapan motivasinya di Sekolah Menengah Agama Taufikiah al-Khairiah al-Halimiah, Padang Lumat














Terharu menziarahi makan syuhada di Parit Panjang.




















Menerima beberapa naskhah buku mengenai sejarah Peristiwa Memali dari balu as-Syahid Ustaz Ibrahim Mahmud, Solehah Husin.
















Kelongsong bom asap yang digunakan pada Peristiwa Memali 1985 mengenangkan Pak Samad kepada Gerakan Mansuh PPSMI.















Inilah kali pertama saya melihat gambar beliau yang sebenar," ujar Pak Samad menatap gambar as-Syahid Ustaz Ibrahim Mahmud

PAK SAMAD- PERBETULKAN SEJARAH MEMALI

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

Hadirnya merentas sejarah lampau, menuras kebenaran yang bergelumang pada kepalsuan ciptaan. Dalam kaya jiwa sastera, luahan bicara dan sanjungannya bagaikan rintihan rasa yang terpendam sekian lama. Lantaran sifat pejuang sejati, maka dituntutnya agar maruah tercalar segera disucikan sedang dosa itu tidak harus dilupakan.

Demikian ekspresi dizahirkan Sasterawan Negara, Dato' (Dr) A Samad Said pada kunjungannya ke lokasi-lokasi penting sejarah Peristiwa Memali, 10 Mac baru-baru ini.

Sebaik menjejakkan kaki ke dalam rumah as-Syahid Ustaz Ibrahim Mahmud di Kampung Memali, matanya tertumpu kepada potret tokoh syuhada itu. Beliau yang mesra dengan panggilan 'Pak Samad' mengakui kali pertama melihat gambar tersebut.

Pengkisahan oleh balu-balu syuhada yang hadir petang itu membawa Pak Samad menghayati semula peristiwa kejadian tersebut dan ada ketikanya beliau melontarkan pertanyaan. Dari keyakinan beliau pada sisi kebenaran peristiwa tersebut, timbul gesaan supaya pembelaan sewajarnya diberikan terhadap persepsi sejarah, mangsa kejadian dan imej lokasi itu.

"Tidak harus berakhir dengan pampasan. Dia (Ustaz Ibrahim) dituduh membawa ajaran sesat, dituduh macam-macam yang memburukkan dia. Jadi, kerajaan mesti mengumumkan, kerajaan mesti membetulkan semula tuduhan mengatakan mereka ini (para syuhada) membawa ajaran sesat.

"Jika tidak, sejarah akan terus meletakkan Ustaz Ibrahim (sebagai) membawa ajaran sesat, penentang dan sebagainya. Bukan itu sahaja, nama kampung ini (Kampung Memali) juga akan tercemar dan terus dianggap begitu," ujar beliau yang menyifatkan kedatangannya itu sebagai kunjungan mengharukan serta berharap kejernihan sejarah itu kelak akan mewaraskan keadaan.

Sempena kunjungan tersebut, balu as-Syahid Ustaz Ibrahim iaitu Solehah Husin menghadiahkan Pak Samad beberapa naskhah buku berkaitan sejarah Peristiwa Memali. Pak Samad juga tertarik melihat kelongsong bom asap peristiwa tahun 1985 itu yang masih disimpan Solehah sekaligus mengenangkannya kepada Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP).

Beliau yang ditemani isteri, Datin Rashidah Md Dahan dan Yang DiPertua PAS Kawasan Bukit Bintang, Mohd Radzi Hashim kemudiannya ke Parit Panjang menziarahi makam para syuhada Memali. Satu demi satu batu nisan di makam itu dipegang beliau sambil membaca surah Fatihah.

Terdahulu, sebaik tiba di Kedah bermusafir menaiki keretapi dari Kuala Lumpur pada pagi itu, beliau telah mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Agama Taufikiah al-Khairiah al-Halimiah, Padang Lumat yang lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya menyampaikan motivasi kepada para pelajar sekolah tersebut.

Dalam ucapannya, beliau menyeru agar menjadi insan yang merenjiskan kebahagiaan kepada manusia lain. Beliau juga mahu pelbagai kekayaan negara ini dimanfaatkan untuk kemakmuran rakyat negara ini.

Menyentuh mengenai Bahasa Melayu, beliau mahu bahasa yang belum dimartabatkan ini terus dipertahankan. Tegasnya, Bahasa Melayu adalah jati diri negara dan beliau yakin sekolah agama adalah pusat pemeliharaan, pemulihan dan penyuburan serta benteng terakhir untuk tujuan itu. Selain itu beliau menyatakan bahawa Bahasa Arab juga perlu didampingi sebagai bahasa rohani dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa duniawi.

Pak Samad telah menyumbangkan buku yang menghimpunkan semua karya sastera beliau kepada sekolah itu dan diterima oleh Pengetuanya, Ustazah Azizah Yahaya.

Pada tengah harinya, Pak Samad di bawa berkelah makan tengah hari di bawah rimbunan pokok buluh tepi sungai di Kampung Becah Sawa yang turut dihadiri Ketua Penerangan PAS Kawasan Baling, Ustaz Mat Juki Ahmad.

Pelbagai lauk pauk di bawa kaum ibu yang dipelawa menyertai perkelahan itu. Memandangkan beliau tokoh negara pertama yang datang ke tempat itu, penduduk meluahkan hasrat menamakan kawasan tepi sungai itu sebagai 'Dataran Dato' A Samad Said' dan beliau nyata berbesar hati menerima hasrat tersebut.

KENANGAN ANDA