25 tahun memali

25 tahun memali

Wednesday, October 21, 2009

ARWAH-ARWAH YANG BARU MENINGGALKAN KITA

Sejak seminggu ini Memali telah kehilangan beberapa insan yang sudah lama bersama dengan kita. Mereka adalah orang yang sentiasa memebri komitmen dalam semua kegiatan yang dijalankan di Memali. Dengan usia mereka yang lanjut mereka telah mengharungi semua kesusahan , penat lelah, sedih duka bersama penduduk Memali.

1. Puan Mek Mud binti Salleh adalah balu kepada AS Syahid Abdullah bin Lebai Kadir. Allahyarham telah meninggal dunia pada 15 Oktober 2009, Khamis lepas. Berumur lebih 70 tahun telah mengalami sakit uzur yang agak lama. Beliau tinggal di Bersebelahan Masjid Kg. Becah Sawa, Baling. Suami beliau telah gugur syahid semasa perinstiwa memali pada 19 Nov 1985. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Al Fatihah..

2. Ahmad bin Shaari ,telah meninggal pada 20 Oktober 2009, kelmarin dirumah beliau kerana sakit gout. beliauy adalah ayah kepada Ust Zukiufli bin Ahmad yang juga telah meninggal dunia beberapa bulan yang lalu kerana strok. Beliau meninggal dunia dirumah beliau di Kg. Becah Sawa, Baling. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Al Fatihah..

3. Pak Wa Dahaman yang meninggal dunia semalam 20 Oktober 2009 kerana sakit tua. Beliau adalah seorang penjual ubat tradisional disekitar kampung memali dan Weng. Beliau yang sudah berusia hampir 80 tahun semasa hidup sangat kuat mengayuh basikal menjaja ubat diseluruh pelusuk kampung. Seorang yang suka berjenaka. Setiap pagi Jumaat beliau pasti berada di madrasah Islahiah Diniah, Kg. Memali untuk mengikuti kuliah agama mingguan disamping menjual ubat beliau. Beliau meninggal dunia di rumah beliaudi Kg. Charok Semeliang, Weng lebih kurang 7 kilometer dari Kg. Memali. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Al Fatihah..

3. Pak Wa Dahaman

1 comment:

HOT ZOOM said...

Nampak generasi yang lama semakin berkurangan.Harap2 generasi baru dan pelapis muda dapat meneruskan perjuangan yang mana masih belum selesai.

Ikhlas,
Anak Kg.Baru Siong.
HOT ZOOM KOMUNITI ver.2

KENANGAN ANDA